Penjara Pudu

Penjara Pudu
Pemandangan atas kompleks Penjara Pudu, seperti yang dilihat dari Berjaya Times Square
TempatJalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, Malaysia
StatusDirobohkan (dibangunkan semula sebagai Bukit Bintang City Centre)
Kelas keselamatanKeselamatan medium
Dibuka1895
Ditutup1996
Diuruskan oleh
Penjara Pudu yang dibina pada 1891. Pintu masuk utamanya yang di bina pada 1895.

Penjara Pudu ialah salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia yang terletak di Jalan Hang Tuah, [1] Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan. Penjara Pudu telah dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina secara berperingkat dengan kos sebanyak Straits $16, 000 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895 dengan menggunakan banduan sebagai tenaga kerja. Gabenor pertama Penjara Pudu adalah Lt. Col. J.A. B. Ellen.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. [2] Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. Setakat Disember 2012, hampir 90 peratus struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan yang hanya akan diputuskan samaada pintu itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan Bukit Bintang City Centre.

  1. ^ "Prison break: Pudu's walls come down". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 22 Jun 2010.
  2. ^ Choi, Clara (21 June 2010). "No heritage site for Pudu Jail, development will commence 21 June 2010". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-13. Dicapai pada 2016-07-22.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy